suria

Sindiket Jual Bayi: Mahkamah Beri Hak Penjagaan Sementara 28 Bayi, Kanak-kanak Kepada Keluarga Angkat

BUKIT MERTAJAM: Seramai 28 bayi dan kanak-kanak dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi Isnin bagi mendapatkan perintah tuntutan hak penjagaan kepada keluarga angkat masing-masing.

Semua bayi dan kanak-kanak itu yang dipercayai terbabit dengan kes sindiket pemerdagangan manusia dibawa menaiki sebuah bas dari sebuah rumah perlidungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Johor tiba di mahkamah di sini kira kira jam 10.30 pagi Isnin.

Menurut laporan terdahulu, petisyen berkenaan adalah bagi membolehkan kanak-kanak berkenaan dibebaskan supaya mereka boleh mengikut keluarga angkat masing-masing, namun ia masih dalam siasatan pihak polis.

Kanak-kanak yang berusia di antara empat bulan hingga lapan tahun itu kini, berada di bawah jagaan Pusat Kebajikan Masyarakat di Johor.

Peguam yang mewakili empat permohonan, Jason Khor berkata anak guammnya telah diberikan hak penjagaan sementara dan perlindungan dan mereka boleh mengambil kanak-kanak yang berumur antara dua tahun hingga tiga tahun, pulang ke rumah mereka pada Isnin.

"Bagaimanapun, hak penjagaan telah diberikan kepada pegawai kebajikan selama setahun," katanya sambil menambah keluarga angkat perlu mengikut tiga syarat lain serta tidak boleh melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan kerana ia akan menyebabkan perintah tersebut terbatal.

Pada 23 Febaruari dilaporkan bahawa sindiket penyeludupan kanak-kanak yang beroperasi di Pulau Pinang telah ditumpaskan dan polis berjaya menyelamatkan 21 bayi dan kanak-kanak yang berumur di antara sebulan hingga sembilan tahun, mereka juga turut menahan 45 individu.

Artikel Lain