suria

Serah Kepada Allah Untuk Ukur Dan Nilai Keislaman Kita - Shafie Apdal

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata anggota dan kepimpinan Umno menyerahkan kepada Allah untuk menilai keIslaman mereka dan bukan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Shafie berkata apa yang beliau boleh katakan ialah anggota dan kepimpinan Umno adalah orang Islam dan mengamalkan ajaran seperti yang dikehendaki Islam.

"Kita tidak pernah tolak Islam , kita umat Islam, kita orang Islam. Kita mengamalkan apa yang diajar mengikut Islam. Kalau mereka menuduh kita bukan Islam, kita serah kepada Allah Taala untuk mengukur dan menilai keIslaman kita," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang Umno banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor. BERNAMA

Artikel Lain