suria

PRU13: Peter Chin Kekal Presiden SUPP Walaupun Tidak Pertahan Kerusi Parlimen Miri

Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fsah Kui
 Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fsah Kui
Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fsah Kui

PUTRAJAYA: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui akan kekal sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hingga tamat tempoh walaupun beliau mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Miri yang disandangnya.

Chin, pernah memaklumkan pada tahun lalu bahawa dia tidak berminat untuk bertanding semula, berkata beliau akan menunggu sehingga pemilihan parti tahun hadapan untuk menentukan sama ada akan kekal menerajui SUPP atau tidak.

"Kita akan lihat apa akan terjadi ketika itu, sama ada perwakilan masih memerlukan khidmat saya atau tidak," kata Chin ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kecemerlangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini pada Isnin.

Artikel Lain