suria

Polis Sabah Sedia Talian Hotline Maklumat PRU13

KOTA KINABALU: Polis Sabah menyediakan talian hotline untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Ketua Jabatan Pengurusan Sabah SAC Noor Azam Jamaludin berkata talian hotline tersebut ialah 088-318555. Keadaan keselamatan di Sabah adalah terjamin dan orang ramai tidak perlu takut untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian nanti, katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu di sini, Isnin.

Beliau berkata cuti semua pengawai dan anggota polis telah dibekukan sejak insiden pencerobohan kumpulan bersenjata militan Sulu di Lahad Datu.

Dalam pada itu, katanya Ketua Polis Daerah Tuaran Supt Zaharudin Rashit akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Tumpat, Kelantan sementara DSP Abdul Fuad Abdul Malik yang sebelum ini bertugas di Papar akan menjadi Ketua Polis Daerah Tuaran. -BERNAMA

Artikel Lain