suria

Kilang Kain Terbakar, Kerugian Dianggar RM1.2 Juta

KULIM: Sebuah kilang kain di Kawasan Perindustrian Kulim di sini terbakar mengakibatkan kerugian RM1.2 juta dalam kejadian awal pagi Isnin.

Tindakan pantas 11 anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan sebahagian besar bangunan, beberapa mesin serta stok kain Kilang Kain First Tex Knitting Sdn Bhd itu.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kulim Mustafa Abdullah berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 5.38 pagi dan dua jentera bomba yang digegaskan ke lokasi kebakaran tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Api berjaya dikawal dalam masa 30 minit dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi tadi, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Menurutnya taksiran awal kerugian itu berdasarkan kemusnahan sebuah mesin pengering di kilang berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain