suria

PM Ziarah Keluarga Wira Op Daulat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Supt. Ibrahim Lebar, Rosiah Dahlan, 52, ketika melawat keluarga tersebut di rumah mereka di USJ, Subang Jaya di sini Ahad. Turut kelihatan anak-anak Allahyarham Supt Ibrahim (dari kiri) Amira Shahida, 17, dan Amirul Shafiq, 22. Allahyarham Supt Ibrahim terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga Allahyarham ACP Ibrahim Lebar yang terkorban dalam Operasi Daulat di kediaman mereka di Subang Jaya, dekat sini.

Najib yang tiba pada pukul 4.10 petang itu meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar balu serta anak-anak Allahyarham Ibrahim.

Beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada balu Allahyarham bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Balu Allahyarham, Rosiah Dahlan, 52, berkata beliau amat terharu apabila Najib sanggup menziarahi mereka sekeluarga biarpun sibuk dengan pelbagai urusan tatkala bahang pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia kerana memberi sokongan padu kepada keluarga kami sejak kehilangan tempat bergantung malah perdana menteri turut memberikan kata-kata semangat kepada saya dan anak-anak," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Allahyarham ACP Ibrahim Lebar merupakan antara anggota polis yang terbunuh dalam kejadian serangan hendap oleh sekumpulan pengganas selatan Filipina di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu. BERNAMA

Artikel Lain