suria

Manifesto Pakatan Negeri Kedah Tiada Yang Istimewa

ALOR SETAR: Manifesto pakatan PAS, PKR dan DAP negeri untuk pilihan raya umum ke-13 yang dilancarkan malam Sabtu menjanjikan kerajaan yang mengambil berat berat hal ehwal rakyat namun tidak menekankan secara khusus arah tuju pembangunan negeri.

Manifesto mengandungi 15 perkara itu antaranya menawarkan sebuah pentadbiran yang cekap dan memberi komitmen untuk meningatkan skop pendidikan Islam melalui program pembangunan belia dan menyuburkan proses pendidikan sepanjang hayat.

Skim mikrokredit akan diwujudkan untuk pengusaha kecil dan masyarakat pertanian, memajukan sektor IKS sedia ada dan konsep bijak kerajaan-swasta.

Kali ini tiga parti itu mengeluarkan satu manifesto negeri, berbeza dengan pilihan raya 2008.

Ia dilancarkan sama hari dengan pelancaran manifesto Barisan Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.

Tiada yang luar biasa disentuh mengenai pembangunan tanah; pertanian; kebajikan dan pembangunan sosial; kemudahan asas; pihak berkuasa tempatan; pembangunan insan; hal-ehwal wanita; hak kepentingan bukan Islam; pelancongan; belia; dalam manifesto itu.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berucap sebelum manifesto dilancarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam Sabtu berkata PR telah menunaikan lebih 80 peratus janji manifesto 2008 dan menegaskan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil ialah lambang kejayaan PAS mentadbir Kedah selama lima tahun.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN negeri akan melancarkan manifesto peringkat negeri dalam beberapa hari lagi selepas pelancaran manifesto BN 'Menepati Janji Membawa Harapan' oleh Najib sebagi pengerusi BN malam Sabtu. BERNAMA

Artikel Lain