suria

PRU-13: Kit Siang Sedia Berdepan Abdul Ghani

BATU PAHAT: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, beliau bersedia berdepan dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah.

"Saya telah membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah bukan untuk diri sendiri atau DAP, tetapi untuk rakyat dan negara," kata Lim pada ceramah DAP di sini malam Jumaat.

"Saya tidak pernah mencabar Abdul Ghani untuk datang bertanding, saya hanya menjemput Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) kerana kita mahu melihat sama ada ia akan menjadi kubur politik saya atau beliau," tambah Lim.

Terdahulu, pada minggu ini, Dr Mahathir menyifatkan berita Lim akan bertanding di Gelang Patah sebagai "tidak masuk akal".

"Kita perlu memastikan bahawa Lim tidak menang," kata Dr Mahathir.

Artikel Lain