suria

PRU-13: Jika Doktor Boleh Jadi Ahli Parlimen, Mengapa Tidak Artis - Aishah

Aishah
Aishah
Aishah

PETALING JAYA: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin akan bertanding bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Ini adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut (sebagai bintang pop), dan ia juga untuk tujuan yang baik, mengapa tidak?" katanya dalam portal 'online' Red Carpet pada Jumaat.

Pengesahan artis berusia 48 tahun itu dibuat selepas pengumuman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Rabu bahawa Aishah akan bertanding di Jempol.

"Jika doktor boleh menjadi ahli Parlimen dan anggota Kabinet, mengapa tidak seorang artis seperti saya?" katanya.

Ibu kepada dua anak ini menyertai PAS pada Mei tahun lepas.

Dalam pada itu, Aishah juga memberitahu mStar Online bahawa beliau sedang sibuk membuat persediaan untuk kempen di Pasir Salak, Perak, yang akan bermula minggu depan.

Artikel Lain