Manifesto BN: Janji Wujudkan Sistem Pendidikan Antara Terbaik Dunia - Semasa | mStar

Manifesto BN: Janji Wujudkan Sistem Pendidikan Antara Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membawa sistem pendidikan negara ke taraf antara terbaik di dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

Manifesto BN bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu, berjanji membawa Malaysia ke "tahap kategori tiga teratas" dalam sistem pendidikan terbaik dunia.

Selain itu BN turut menggariskan usahanya dalam membina kecemerlangan pendidikan negara termasuk berjanji untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dengan menjadikannya mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memperbaiki penguasaan bahasa itu dan Bahasa Malaysia dari tahap prasekolah.

Perhatian juga terus akan diberikan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik, selain membentuk kemahiran berfikir yang tinggi di kalangan pelajar, serta mengembangkan persekolahan satu sesi, dan menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukan.

BN juga berjanji menyediakan lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, dan menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

Mengenai komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak, BN berjanji memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti di kawasan tersebut, dan memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), BN berjanji untuk memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di kedua-dua sekolah tersebut.

BN juga akan menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan berhasrat berbuat demikian, menurut Manifesto BN.

Selain itu, BN juga berjanji untuk meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk SKJC, SJKT, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

Bagi guru pula, BN berjanji menyediakan laluan kerjaya baharu kepada 420,000 guru dengan membolehkan mereka dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi masing-masing. Juga akan merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

BN juga berjanji mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah pelajar sebanyak 20 peratus, serta menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Selain itu, juga akan memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah berasrama dengan kemudahan internet. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Pencalonan Negeri Kelantan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain