Lima Lelaki Myanmar Diburu Berhubung Kes Bunuh Penyelia Kilang - Semasa | mStar

Lima Lelaki Myanmar Diburu Berhubung Kes Bunuh Penyelia Kilang

KUALA SELANGOR: Polis sedang memburu lima lelaki Myanmar berhubung kes bunuh seorang penyelia kilang di kawasan kilang kitar semula di Ijok dekat sini Isnin lepas.

Mereka yang bekerja di kilang itu dikenali sebagai Aung Naing, Sam Aung dan Sit Hu Win yang masing-masing berumur 30 tahun, Tun Aye Sin, 35, serta Myint Than, 40.

Mereka merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR).

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Joel Carbon Baylon, 34, dan berasal dari Sabah ditemui mati di kilang itu dengan kesan tikaman di bahagian perut, paha dan jarinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Muhd Taib Ahmad berkata seorang pekerja yang juga berasal dari Myanmar terserempak dengan kelima-lima suspek yang mahu melarikan diri dari kilang berkenaan pada malam kejadian dengan dua daripada mereka bersenjatakan parang dan pisau.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesemua suspek agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Ramli Bakar di talian 012-5112034 atau balai polis berhampiran. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Pencalonan Negeri Kelantan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain