Lelaki Tempatan, Wanita Asing Ditahan Dalam Operasi Daulat - Semasa | mStar

Lelaki Tempatan, Wanita Asing Ditahan Dalam Operasi Daulat

LAHAD DATU: Seorang lagi lelaki tempatan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi polis bagi membanteras saki-baki penceroboh dari Selatan Filipina di Sabah.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu petang Khamis, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata dalam Operasi Daulat pada Khamis, polis turut menahan seorang wanita berusia 45 tahun yang mempunyai kad identiti dari kesultanan Sulu di Kampung Sungai Bilis, Felda Sahabat dekat sini.

"Kami masih menyiasat penglibatan kedua-dua mereka dengan insiden pencerobohan militan Sulu," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata sebuah lagi balai polis bergerak ditempatkan di sekitar Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu mulai pagi Jumaat bagi meningkatkan keyakinan penduduk kampung yang terjejas akibat insiden pencerobohan itu.

Tan berkata sehingga pukul 1 tengah hari Jumaat, 20 laporan polis telah dibuat antaranya membabitkan kehilangan harta benda serta rumah yang dibakar dan dirosakkan militan terbabit.

Beliau berkata polis percaya lebih banyak laporan polis akan dibuat penduduk untuk tempoh terdekat.

"Selain balai polis itu, pasukan keselamatan juga akan meneruskan rondaan untuk meningkatkan tahap keselamatan.

"Kami percaya penduduk kampung di zon merah tidak akan takut lagi dan akan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Pencalonan Negeri Kelantan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain