suria

Yang di-Pertuan Agong Menerima Menghadap Pengerusi SPR

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima menghadap delegasi dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Negara di sini Jumaat.

Majlis yang berlangsung pada pukul 4 petang itu diketuai Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Pertemuan kira-kira 20 minit itu turut dihadiri lima lagi anggota SPR Datuk Mohamad Ramji Alli, Datuk Dr P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain