suria

Gempa Bumi Kuat Landa Timur Rusia - Timur Laut China

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di timur Rusia dan timur laut China pada 9 malam Jumaat, demikian menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Tiada ancaman tsunami ekoran gempa bumi berkenaan.

"Pusat gempa bumi terletak 503km tenggara dari Changchun, China dan 4,227km timur laut dari Kudat, Sabah.

"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," tambah kenyataan tersebut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain