suria

PRU-13: Mat Sabu Tanding Di Pendang?

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bagaimanapun beliau sendiri masih berteka-teki mengenai kerusi yang bakal ditandinginya nanti dan menyerahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pengumuman mengenainya secara rasmi.

Ketika ditanya sama ada beliau memilih untuk bertanding di Parlimen Pendang, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' tidak menafikan atau mengiakannya.

"Ya saya bertanding...akan bertanding (di Kedah).

"Pendang? Ura-ura. Tunggu Presiden umum," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Sebelum ini kerusi Parlimen Pendang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman juga daripada PAS.

Mohamad pernah menyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah dari 1999 hingga 2004.

Artikel Berikut

Artikel Lain