PRU-13: BN Kembali Dengan Mandat Lebih Kuat – Dr Chua - Semasa | mStar

PRU-13: BN Kembali Dengan Mandat Lebih Kuat – Dr Chua

KUALA LUMPUR: Perpaduan dan kerjasama antara MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan melihat parti pemerintah kembali dengan mandat lebih kuat, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau dalam satu satu kenyataan pada Rabu mengenai pembubaran Parlimen berkata, ramai yang terus berharap dan yakin dengan MCA, sambil menambah bahawa rekod parti sejak tiga tahun lepas semakin kukuh dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti.

Dr Chua berkata, MCA yang merupakan parti komponen kedua terbesar dalam BN tidak akan tunduk kepada serangan dan hinaan yang berterusan oleh pembangkang sejak pilihan raya umum yang lepas.

"Malah, MCA semakin kuat,” kata beliau.

Sebagai contoh, beliau berkata, lebih 80,000 orang menyertai MCA sejak tiga tahun lepas manakala kurang 900 orang yang mengundurkan diri daripada parti itu dalam tempoh yang sama.

Keanggotaan parti yang kini berusia 64 tahun itu mencecah lebih sejuta orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu untuk membubarkan Parlimen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRU-13: Jui Meng Dijanjikan Kerusi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain