suria

Guan Eng Menghadap Yang di-Pertua Negeri, Cadang Bubar DUN Esok

Guan Eng menaiki keretanya meninggalkan Seri Mutiara setelah bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Khamis. Bagaimanapun tidak ada pengumuman yang dibuat untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Dipercayai Guan Eng akan mengadap Yang di-Pertua Negeri sekali lagi pada Jumaat untuk membuat pembubaran DUN. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan pada Jumaat.

Ini mengukuhkan cakap-cakap bahawa empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) akan dibubarkan secara serentak hanya pada hari Jumaat.

Lim, dalam satu kenyataan empat perenggan, tidak menyatakan sama ada Abdul Rahman telah memperkenan pembubaran itu pada Khamis.

Beliau sebelum ini menghadap Abdul Rahman di Sri Mutiara, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Negeri, pada pukul 9.30 pagi.

"Saya meminta persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Saya juga menyerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri bahawa esok adalah tarikh yang dicadangkan bagi pembubaran," katanya.

Lim berkata beliau bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Artikel Berikut

Artikel Lain