suria

Anwar Rasa Tidak Selamat Di Permatang Pauh - Najib

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional di Menara Datuk Onn, Khamis. Turut sama, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau tidak yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut.

Anwar dikhabarkan akan beralih angin ke Perak tetapi tidak menamakan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya.

"Dia (Anwar) berasa tidak selamat di Permatang Pauh kerana dia mengabaikan penduduk di sana yang memilihnya untuk sekian lama sejak dia menyertai politik," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Menurut Najib, jika dia (Anwar) berani mengabaikan nasib rakyat di Permatang Pauh, tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama pada masa hadapan.

"Rakyat harus sedar mengenai perkara itu. Soalnya bukan isu politik tetapi soal prinsip lebih utama," katanya.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak akan sesekali meninggalkan kerusi Parlimen Pekan.

"Saya setia kepada penduduk di Pekan dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kawasan ini. Hidup, mati saya di sini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak gentar dengan kehadiran Anwar untuk bertanding di Perak.

"Saya percaya Anwar tidak akan bertanding di kerusi tradisi BN. Ia tidak akan menjejaskan kita untuk memenangi dua pertiga majoriti undi," kata Zahid Hamidi.

Artikel Berikut

Artikel Lain