SPR Bekerja Keras Pastikan PRU Bebas, Adil - PM - Semasa | mStar

SPR Bekerja Keras Pastikan PRU Bebas, Adil - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan suara rakyat dapat dinilai secara adil.

Perdana Menteri merujuk tiga inisiatif yang dilaksanakan suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.

Inisiatif terbabit ialah memastikan daftar pemilih tepat dan terkini, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara serta penggunaan dakwat kekal.

Menerusi entri bertajuk 'Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil' di laman blog 1Malaysia beliau, Najib berkata daftar pemilih yang tepat dan terkini bertujuan mencegah penipuan serta pengundi hantu.

"Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam daftar pemilih yang telah diwartakan," katanya.

Beliau berkata undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara seperti Australia, United Kingdom, China dan Qatar pula memberikan mereka hak untuk mengundi. "Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal," katanya.

Najib berkata langkah mewajibkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi mengenal pasti mereka yang sudah mengundi.

"Kesemua inisiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

"Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini, dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandatangani ikrar yang sama," katanya.

Perdana Menteri berkata kini terpulang kepada rakyat untuk memastikan sama ada mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain