suria

Saya Akan Maklumkan Anda Jika Jumpa TYT - Musa Aman

KOTA KINABALU: Ia adalah rutin kebiasaan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di mana beliau menuju ke mesyuarat kabinet setiap minggu di Wisma Innoprise di sini pada pagi Rabu.

“Saya akan maklumkan kepada anda sekiranya saya bertemu dengan Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin,” katanya kepada pemberita pada pukul 10.25 pagi selepas merasmikan persidangan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah enggan memberikan komen mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri tersebut pada Rabu tetapi sekadar tersenyum kepada pemberita dengan memberitahu beliau perlu bergegas ke mesyuarat Kabinet negeri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain