suria

Pengundi Muda Penentu Keputusan PRU-13: Saifuddin

PETALING JAYA: Pengundi muda memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Mereka amat penting sekurang-kurangnya dalam dua senario. Pertama, bilangan mereka besar dan mereka turut mengundi bersama beberapa kumpulan individu iaitu golongan profesional yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun dan membentuk 30 peratus daripada pengundi,” katanya dalam satu temu bual dengan SwitchUp.tv, dihoskan oleh Anne Edwards.

Saifuddin berkata, kira-kira 65 peratus daripada enam juta pengundi muda adalah pengundi atas pagar yang cuba sedaya upaya didekat Barisan Nasional (BN).

Menurut pemerhatian beliau, golongan muda mensasarkan dua perkara iaitu suara mereka didengari dan peranan mereka diiktiraf selain menuntut politik yang bersih dan sihat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain