PBTM Gesa Ambil Tindakan Pihak Rancang Cetus Huru-Hara Pada PRU - Semasa | mStar

PBTM Gesa Ambil Tindakan Pihak Rancang Cetus Huru-Hara Pada PRU

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)menggesa pihak berkuasa menyiasat dan bertindak terhadap mana-mana pihak yang merancang untuk mencetuskan huru-hara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Presidennya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata persatuan itu tidak mahu melihat suasana aman di negara ini dicemari tindakan ganas semata-mata kerana pihak berkenaan ingin mendapat kuasa.

"Justeru, PBTM mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa menyiasat sebarang rancangan yang boleh menjurus kepada tercetusnya huru-hara dan mengambil langkah preventif supaya ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sebelum ini, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Datuk Adiwijaya Abdullah dilaporkan berkata ada pihak tertentu dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa PRU13 dengan tersebarnya risalah mengandungi cara mewujudkan ketegangan di pusat mengundi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain