suria

Pandikar Amin Sahkan Terima Proklamasi Pembubaran Parlimen

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima proklamasi mengenai pembubaran Parlimen yang ke-12 yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pandikar berkata, beliau menerima proklamasi itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurut Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Proklamasi itu menandakan penggal Parlimen ke-13 selama empat tahun dan 11 bulan. Ini merupakan salah satu yang paling lama dalam sejarah Parlimen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai perkara seterusnya, beliau berkata, ia bergantung pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengumumkan tarikh pilihan raya dan melaksanakan prosesnya.

Ia merupakan amalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memaklumkan secara rasmi kepada SPR mengenai pembubaran supaya pilihan raya boleh diadakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain