suria

Johor Dijangka Umum Bubar DUN Khamis

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negerinya pada Khamis bagi membolehkan pilihan raya umum negeri itu diadakan serentak dengan pilihan raya Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Difahamkan Pejabat Menteri Besar tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pembubaran DUN Johor pada Rabu dan urusan itu dijangka hanya akan berlaku pada Khamis.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada Rabu mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran kerajaan di Kota Iskandar namun beliau tidak mengadakan sidang akhbar selepas itu.

Difahamkan Abdul Ghani berlepas ke Kuala Lumpur pada Rabu untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain