suria

Geng Oxy Dipercayai Larikan RM300,000 Dari Mesin ATM

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah dipercayai anggota Geng Oxy memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan sebuah mesin deposit tunai dari sebuah bank di bangunan IME, Jalan Medan Pasar di sini Selasa sebelum melarikan wang kira-kira RM300,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata kejadian hanya disedari pada pukul 7.45 pagi tadi selepas penyelia bangunan mendapati mesin-mesin tersebut telah dipotong menggunakan gas Oxy-acetylene dan penukul.

"Kami mengesan tiga suspek terlibat, melalui rakaman CCTV," katanya ketika dihubungi Bernama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain