suria

Banglo Lokasi Filem Bollywood Terbakar, Kerugian Cecah RM1 Juta

KLANG: Sebuah banglo yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood musnah dalam kebakaran membabitkan anggaran kerugian mencecah RM1 juta dalam kejadian di Jalan Johan Setia di sini, Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat atas banglo dua tingkat itu yang juga sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem tempatan, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurutnya kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4 petang.

Kejadian itu menyebabkan tingkat atas banglo berkenaan musnah sepenuhnya, katanya menambah punca kejadian masih dalam siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain