suria

Ahli Exco Negeri Johor Diarah Hadiri Mesyuarat Tergempar

JOHOR BARU: Semua ahli Exco kerajaan negeri Johor pada Rabu diarahkan untuk menghadiri mesyuarat tergempar di Kota Iskandar kira-kira pukul 3 petang selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dijangka bertemu ahli Exco buat kali terakhir sebelum bertemu dengan Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi untuk memohon perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Difahamkan mesyuarat Exco sebelum ini dijadualkan pada tengah hari Khamis.

Ghani berada di Muar bertemu dengan beberapa pemimpin daerah apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain