suria

Yang Dipertua Negeri P.Pinang Angkat Sumpah Jawatan Untuk Penggal Kelima

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri bagi kali kelima di Dewan Seri Mutiara, P.Pinang, Selasa. Turut kelihatan isteri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Majimor Shariff (kanan). Jawatan untuk tempoh dua tahun itu berkuatkuasa pada 1 Mei depan. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk penggal kelima bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mei depan di Dewan Seri Mutiara, di sini Selasa.

Beliau yang diiringi isterinya Toh Puan Majimor Shariff, pertama kali dilantik memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei 2001.

Abdul Rahman dilahirkan pada 15 April 1938 di Permatang Rambai, Kepala Batas, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Sintok, Kepala Batas pada 1946 hingga 1953 sebelum memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim pada 1955 hingga 1958.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik pada 1958 hingga 1977 dan memegang jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Seri Muda Penaga sebelum melibatkan diri dalam bidang politik.

Kerjaya politiknya bermula pada 16 Jun 1977 apabila dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu untuk tiga penggal pilihan raya umum iaitu pada 1982, 1986 dan 1990.

Semasa menjadi ahli mesyuarat kerajaan negeri Abdul Rahman pernah memangku jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak tiga kali mulai 10 September 1982 hingga 31 Oktober 1982, 24 Oktober 1983 hingga 12 November 1983 dan pada 29 September 1984 hingga 18 Oktober 1984.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama isteri Betty Chew Gek Cheng dan barisan kepimpinan ahli mesyuarat negeri. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain