suria

SPRM Cari Saksi Bantu Siasatan Kes Tipu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam kenyataan pada Selasa berkata saksi itu, Mohammad Khairi Pengiran atau John Pengiran, 46, beralamat terakhir di No.6, Jalan Kledang Raya 2, Taman Keledang Jaya, Ipoh, Perak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Penolong Penguasa Ho Ka Nyan di talian 012-3563743. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain