Persefahaman Pembangkang 'Indah Khabar Dari Rupa' - Mukhriz - Semasa | mStar

Persefahaman Pembangkang 'Indah Khabar Dari Rupa' - Mukhriz

PENDANG: Tindakan DAP Kedah mengumumkan kemungkinan akan berlakunya pertembungan antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti memberi gambaran bahawa persefahaman antara pakatan pembangkang adalah 'indah khabar dari rupa".

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata ini jelas membuktikan bahawa tiada persefahaman antara DAP dan PKR dalam memilih calon untuk PRU-13 akan datang.

"Senarai calon telah pun dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi oleh kerana tiada persefahaman antara mereka, soal percalonan ini tidak dapat diselesaikan seperti yang dikhabarkan. "Hanya tiga parti sahaja yang terlibat dalam pakatan pembangkang tapi perkara seperti ini tidak dapat diselesaikan, sedangkan Barisan Nasional (BN)yang mempunyai lebih banyak parti komponen masih boleh berkerjasama secara harmoni dalam memilih calon.

"Memang wujud perasaan tidak puas hati sesama kami, tetapi kami akan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan apa jua masalah dengan cara yang terbaik," katanya semasa merasmikan Seminar Teknologi Hijau Dalam Pembinaan di di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik hari ini bahawa pertembungan tiga penjuru antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada PRU-13 nanti mungkin akan berlaku.

Ini berikutan tindakan Anwar mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar malam tadi sedangkan DAP berkeras mahu bertanding di situ.

Difahamkan DAP turut berminat dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi PKR pada PRU 2008.

Sementara itu, Mukhriz berkata ketidakcekapan kerajaan PAS Kedah dalam memajukan ekonomi negeri ini menyebabkan ramai kontraktor yang terpaksa bersaing sengit bagi mendapatkan projek besar.

"Lima tahun kebelakangan ini, hampir 2,000 kontraktor bumiputera sukar mendapatkan projek-projek besar sehingga menyebabkan ada kontraktor kelas A yang terpaksa turun gred," katanya.

Beliau berharap BN akan diberi peluang untuk kembali memerintah Kedah pada PRU-13 nanti supaya mereka dapat sama-sama membantu rakyat negeri ini untuk mendapatkan projek-projek yang lebih besar. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PKR Akur Lepas Parlimen Temerloh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain