Penduduk Jumpa Bom di Kg Tanjung Batu - Semasa | mStar

Penduduk Jumpa Bom di Kg Tanjung Batu

Sebutir bom, dipercayai milik miltan dari selatan Filipina, ditemui berhampiran sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat dekat Lahad Datu pada Isnin.- fotoBERNAMA
Sebutir bom, dipercayai milik miltan dari selatan Filipina, ditemui berhampiran sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat dekat Lahad Datu pada Isnin.- fotoBERNAMA

LAHAD DATU: Sebutir grenad, dipercayai milik militan dari selatan Filipina, ditemui berhampiran sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat dekat sini pada Isnin.

Bom yang dikatakan masih aktif itu ditemui dua kanak-kanak berusia 7 dan 10 tahun yang bermain di kawasan rumah berkenaan pada kira-kira 8 pagi.

Seorang penduduk, Mad Ali Hassan, 60, berkata beliau dimaklum berkaitan penemuan berkenaan ketika mengemas rumahnya, tidak jauh dari kawasan bom itu ditemui.

"Sebagai seorang pesara askar wataniah, saya kenal itu adalah grenad yang masih aktif dan boleh meletup bila-bila masa. "Kami harap pihak keselamatan membantu penduduk untuk membersihkan kawasan kampung daripada bahan letupan yang masih aktif demi keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak," katanya ketika ditemui pemberita.

Penduduk Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, yang mempunyai dokumen, dibenar pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai Sabtu, selepas pasukan keselamatan memastikan kawasan itu selamat daripada ancaman penceroboh militan dari selatan Filipina.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid yang berada di lokasi berkenaan menasihatkan penduduk yang menemui peluru hidup atau bom yang masih aktif agar melaporkan segera kepada pasukan keselamatan.

"Kami harap penduduk jangan ambil mudah perkara ini kerana bom yang masih aktif boleh meletup dan menyebabkan kecederaan... kami minta mereka kawal anak-anak daripada bermain dengan bahan berbahaya itu," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain