suria

PRU-13: Teng Kekal Syarat Lawan Lim

Teng Chang Yeow
Teng Chang Yeow
Teng Chang Yeow

GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kekal dengan pendirian mengenai syarat untuk bersemuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Saya tegaskan bahawa saya akan memutuskan kerusi itu nanti. Sebagai Ketua Menteri, beliau harus berani menghadapi pengundi daripada kumpulan etnik yang berbeza.

"Oleh itu kerusi yang mencerminkan komposisi pelbagai kaum akan menjadi medan yang baik untuk kedua-dua pihak," kata Teng.

Pada masa ini, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, satu pertiga daripada jumlah itu terdiri daripada kerusi komposisi campuran kaum.

Menurut Teng, sekiranya Lim menerima syaratnya, beliau (Teng) akan menamakan kerusi.

Sebelum ini Lim yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan bahawa beliau hanya akan bersemuka dengan Teng pada PRU akan datang di kerusi DUN Padang Kota.

Sekiranya Teng bersetuju, beliau juga menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen.

DUN Padang Kota mempunyai kira-kira 78 peratus pengundi Cina, India dan lain-lain (16 peratus) dan Melayu (hampir 6 peratus).

Teng merupakan ADUN Padang Kota selama tiga penggal sebelum kehilangan kerusi berkenaan pada 2008.

Artikel Lain