suria

PRU-13: MP PKR Kuala Kedah Digugur

Anwar mengumumkan Dr Azman Ismail sebagai calon PKR untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada PRU-13 akan datang.

ALOR SETAR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Kedah, Dr Azman Ismail dan Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung diumumkan sebagai calon parti itu masing-masing untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Kedah dan Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengumuman mengenai pencalonan Dr Azman, 51, dan Gooi, 41, dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Kedah dan di Taman Berjaya di sini, Ahad malam.

Anwar ketika berucap di Kuala Kedah berkata Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim ditugaskan untuk misi lain.

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad memperoleh 35,689 undi untuk mengalahkan calon Barisan Nasional Hashim Jahaya dengan majoriti 7,018 undi.

Gooi pula kalah 184 undi kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pada pilihan raya itu dengan Chor memperoleh 20,741 undi. BERNAMA

Artikel Lain