suria

Lelaki Maut Selepas Langgar Lampu Isyarat Merah

KUANTAN: Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung sebuah kereta di Jalan Kuantan-Gambang, Batu 6 dekat sini, Sabtu.

Mangsa, Mohd Riduan Mahusin, 26, dari Kempadang Makmur, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian 6.36 petang itu, mangsa dari arah Gambang menuju bandar Kuantan.

"Dipercayai di tempat kejadian, mangsa melanggar lampu isyarat merah sebelum bertembung kereta terbabit, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Lain