suria

Kes Tembak di Balakong: Polis Tahan Penyelenggara Lif

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penyelenggara lif yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong, Kajang pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintenden Azman Ayob berkata suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang sekitar Balakong bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan.

Dalam kejadian di depan sebuah rumah di taman itu pada kira-kira 4.50 pagi Sabtu lepas, mangsa, G. Lingeswaran, 29, cedera ditembak di peha kanan dan ditetak di kepala serta tangan kiri dalam satu pergaduhan.

Azman berkata siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis menemui satu sarung pedang, sebutir peluru hidup dan dua kelongsong peluru manakala senjata api yang digunakan tidak ditemui. -BERNAMA

Artikel Lain