Bekas Adun Melekek Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Bekas Adun Melekek Meninggal Dunia

ALOR GAJAH: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Melekek (kini dikenali DUN Taboh Naning) Datuk Nawi Ahmad meninggal dunia malam Ahad akibat sakit jantung.

Nawi, 71, yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka (PZM) menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 8.15 malam di rumahnya di Kampung Cherana Putih di sini.

Pengurus Besar PZM Ismail Hasim berkata Allahyarham dimasukkan ke Hospital Putra di sini selepas mengalami serangan jantung pada 20 Mac lepas dan menjalani pembedahan pada hari sama.

"Allahyarham bagaimanapun berada dalam keadaan koma dan dibawa pulang ke rumah petang semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 8.15 malam tadi di sisi anggota keluarganya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Jubaidah Ahmad dan enam anak. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherana Putih di sini pada 12 tengah hari Isnin.

Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Exco kerajaan negeri.

Mohd Ali yang juga Pengerusi PZM berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi negeri Melaka dan masyarakat beliau merupakan seorang yang rajin dan banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

"Masa beliau menjadi pengerusi dan timbalan pengerusi PZM, kutipan zakat dapat dilakukan dengan baik dengan peningkatan 20 peratus setiap tahun," katanya.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru di Singapura pada 1962 sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Alor Gajah dan menyertai Umno pada 1976.

Beliau bertanding pada pilihan raya kecil DUN Melekek pada 1997 berikutan kematian penyadangnya Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani dan berjaya mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum ke-10 dan ke-11. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain