suria

PRU-13: Fuziah Salleh Kekal Di Kuantan

KUANTAN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh, penyandang kerusi Parlimen Kuantan, akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Kita telah putuskan Fuziah bertanding semula pertahankan Parlimen Kuantan," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di kampung Sungai Isap 2, di sini, Sabtu.

Pada pilihan raya umum 2008, Fuziah yang memperolehi 18,398 undi menewaskan calon BN, Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi.

Pada pilihan raya umum itu, BN tewas di dua daripada 14 kerusi parlimen di Pahang.

Selain Kuantan, BN tewas di parlimen Indera Mahkota yang dimenangi calon PKR, Azan Ismail. BERNAMA

Artikel Lain