suria

Pengusaha Salun Kecantikan Ditembak Di Serdang

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha salun kecantikan ditembak mati dari jarak dekat di luar kedainya di Jalan Pinggiran Putra 25, Seri Kembangan, Serdang, dekat sini petang Jumaat.

Ketua Polis Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata Edisson S. Pillai, 37, ditembak oleh seorang lelaki bertopeng, kira-kira 6 petang.

"Mangsa ditembak dua das di dahi dan tiga das di tubuhnya, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut seksyen 302 kerana membunuh dan motif kejadian tersebut masih dalam siasatan.

"Polis akan siasat kes dari sudut perniagaan dan latar belakang keluarga," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain