suria

Pemimpin BN Negeri Jumpa PM

Shahidan Kassim tiba di Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.
Shahidan Kassim tiba di Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.
Shahidan Kassim tiba di Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

PUTRAJAYA: Lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dipercayai akan bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai persediaan akhir parti itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sehingga pukul 12.30 pagi Jumaat, beberapa pemimpin yang dilihat memasuki dan meninggalkan kompleks Pejabat Perdana Menteri di sini adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut dipercayai bertemu Najib pagi Jumaat.

Sumber dalaman mengesahkan Najib yang juga Pengerusi BN telah bertemu dengan beberapa wakil dari Johor, Sabah, Selangor, Terengganu, Perak dan Melaka pada Khamis.

Difahamkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor akan hadir bersama dengan Najib dalam semua pertemuan tersebut.

Artikel Lain