suria

Bank Rakyat Lantik Mustafha Abd Razak Sebagai Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat melantik Datuk Mustafha Abd Razak sebagai Pengarah Urusan, berkuat kuasa Isnin (1 April), menggantikan Datuk Yusof Abdul Rahman, yang bersara pada Ahad.

Mustafha, 45, memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di pelbagai jabatan, termasuk audit dalaman, audit teknologi maklumat, akaun, kawalan bajet dan perbendaharaan," kata bank koperasi Islam terbesar Malaysia itu dalam satu kenyataan.

Jawatan terakhir beliau ialah Pengurus Besar (kewangan) dan Setiausaha bank hingga Jun tahun lepas sebelum dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan. - BERNAMA

Artikel Lain