suria

SPR Terima Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN N. Sembilan

PUTARAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, memaklumkan DUN Negeri Sembilan Ke-12 telah terbubar dengan sendiri pada Khamis.

Surat perisytiharan pembubaran itu diserahkan Pengarah SPR Negeri Sembilan Afizam Abdullah Sani kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di sini.

Menurut Abdul Aziz berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian berkaitan pilihan raya umum bagi DUN berkenaan. "Perkara itu akan ditentukan melalui mesyuarat khas yang akan ditetapkan kemudian, namun, adalah menjadi hasrat SPR mengadakan pilihan raya umum secara serentak," katanya.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini. -BERNAMA

Artikel Lain