Semangat Bantu Membantu Dikalangan Para Pejuang Tinggi - Semasa | mStar

Semangat Bantu Membantu Dikalangan Para Pejuang Tinggi

Tiga anggota Vat 69 Komando yang cedera (dari kiri) Kpl Azman Ampong, Kpl Tarmizi Hashim dan Konst Mohd Qayum Haikal Zolkipli berkongsi pengalaman semasa di Lahad Datu bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kanan) pada majlis meraikan kepulangan para wira Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Op Daulat di Ipoh malam Rabu. Turut hadir Komander 69 Komando PGK Datuk Azizan Abdul Aziz (kanan).-fotoBERNAMA
Tiga anggota Vat 69 Komando yang cedera (dari kiri) Kpl Azman Ampong, Kpl Tarmizi Hashim dan Konst Mohd Qayum Haikal Zolkipli berkongsi pengalaman semasa di Lahad Datu bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kanan) pada majlis meraikan kepulangan para wira Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Op Daulat di Ipoh malam Rabu. Turut hadir Komander 69 Komando PGK Datuk Azizan Abdul Aziz (kanan).-fotoBERNAMA

IPOH: Semangat bantu membantu di kalangan para pejuang negara ketika menghadapi serangan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah tinggi.

Mereka sentiasa bersedia untuk menolong rakan-rakan sepasukan yang menghadapi kesulitian ketika menentang musuh sehingga ada yang terkorban.

Semangat pengorbanan dan keberanian ini diceritakan tiga anggota pasukan Komando VAT69 yang tercedera semasa menentang musuh di Ladang Tandou.

Mereka ialah Koperal Azman Ampong, 39, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, antara yang diraikan malam tadi pada majlis meraikan para wira polis peringkat negeri Perak yang menyertai Operasi Daulat.

Koperal Azman menceritakan mereka dibahagikan kepada empat kumpulan Alpha, Bravo, Charlie dan Delta untuk mengepung kawasan berkenaan bagi mengelak pengganas daripada menceroboh ke kawasan lain.

"Dalam kejadian pagi itu, musuh berada di sekeliling kami. Saya dan Tarmizi dari kumpulan Charlie manakala Qaiyum dari kumpulan Delta. Ikut perancangan asal, pasukan Bravo dan Charlie adalah unit gempur.

"Semasa serangan berlaku, mereka (pengganas) hanya nampak saya dan Tarmizi kerana kami berada di barisan hadapan yang jarak antara pokok kelapa sawit, tempat kami berlindung dengan mereka yang berada di hadapan, hanya selang tiga pokok sahaja. "Ketika saya dan Tarmizi berlindung di sebalik pokok yang sama, saya terkena tembakan pada bahagian kanan sementara Tarmizi pada bahagian kiri. "Apabila tangan kiri Tarmizi mengenai tembakan, pelurunya pula telah habis dan dia tidak boleh menukar peluru. Dan semasa saya minta dia berundur ke belakang, saya terkena tembakan di bahagian belakang," katanya.

Azman berkata kemungkinan besar rakan mereka Allahyarham Zulkifli Mamat ditembak musuh ketika mahu mengambil alih tempat Tarmizi yang berundur ke belakang.

"Kemungkinan arwah nampak Tarmizi mahu keluar dan dia ingin ambil alih tempat Tarmizi kerana dia berada di bahagian belakang.

"Saya lihat dia terbaring menghadap saya dan keadaanya badannya terkeluar dari lindungan pokok ... seperti dia mahu menuju ke arah saya," katanya.

Mohd Tarmizi pula berkata beliau masih ada kekuatan selepas terkena tembakan.

"Saya masih teringat cara musuh serang dan tembak sebab jarak antara saya dengan musuh tidak jauh," katanya.

Bagi Mohammad Qaiyum, beliau yang berada dalam kumpulan Delta terkena tembakan curi ketika mahu membantu rakan-rakan dari pasukan lain. "Kami berada dalam kumpulan berasingan dan mempunyai tugas masing-masing. Ketika kumpulan Bravo dan Charlie diserang, saya yang berdekatan dengan mereka datang membantu. "Saya ditembak curi dan hampir terkorban. Saya terhutang budi dan nyawa kepada rakan yang selamatkan saya kerana mereka sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya walaupun mereka tahu yang mereka juga berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Kesemua mereka kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM300,000 kepada Tabung Wira Operasi Daulat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Saya Sedia Bertading di Saratok - Mawan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?