suria

PRU13: Pertemuan PM Dengan Pemimpin BN Sedang Rancak Berlangsung

PUTRAJAYA: Ekoran berita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional menyebabkan ramai wartawan dan jurugambar berkampung di luar pejabat Perdana Menteri.

Difahamkan beberapa pemimpin negeri mengadakan pertemuan Najib untuk membincangkan mengenai senarai calon bagi pilihan raya.

Kereta yang dinaiki pemimpin berkenaan dilihat tiba di Kompleks Jabatan Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi.

Wartawan yang berkampung di sana hanya dilengkapi dengan peralatan kerja masing-masing bersama-sama air mineral mereka telah menunggu di bawah cuaca panas terik seawal pukul 10 pagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, akan memuktamadkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum kali ini.

Satu sumber dalaman mengesahkan bahawa wakil-wakil negeri yang bertemu Najib adalah dari Johor, Sabah, Selangor, Terengganu, Perak dan Melaka.

Sumber itu juga berkata setiap itu negeri telah diwakili oleh Ketua Menteri kecuali Selangor, yang diwakili oleh Timbalan BN Negeri, Datuk Seri Noh Omar dan penyelaras BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Najib menghabiskan kira-kira sejam untuk mesyuarat dengan setiap pemimpin tetapi perbincangan dengan wakil-wakil Selangor mengambil masa hampir dua jam, tambah sumber.

Dipercayai mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN dari negeri-negeri lain akan diteruskan, Jumaat.

Artikel Lain