Jenazah Zainon Ahmad Selamat Dikebumi - Semasa | mStar

Jenazah Zainon Ahmad Selamat Dikebumi

 Zainon Ahmad
Zainon Ahmad

KOTA BAHARU: Jenazah Editor Perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad yang meninggal dunia akibat kanser hati semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol di sini pagi Khamis.

Jenazah Allahyarham yang sebelum itu disembahyangkan di rumahnya di Jalan Bayam dikebumikan pada pukul 10.30 pagi.

Zainon, 70, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Non meninggal pada pukul 2.25 petang semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini selepas dimasukkan ke wad rawatan rapi hospital tersebut Selasa lepas.

Beliau meninggalkan balu Hasnah Abdullah, 65, dan empat orang anaknya Zalinda, 45, Zainorin, 44, Zuhailawati, 40, dan Mohd Zahazan, 37.

Turut hadir pada majlis pengkebumian itu ialah Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Mohktar Hussain yang juga Editor Bernama serta Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A.Talib.

Allahyarham yang dilahirkan di Semeling, Lembah Bujang, Kedah pada 1942 merupakan seorang guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan sejak 35 tahun lepas.

Beliau memulakan karier kewartawanannya dengan menyertai The New Straits Times tahun 1978 dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Editor Kumpulan akhbar itu pada 1997 sebelum menjadi Editor Perunding pada 2001.

Setahun kemudian pada 2002, beliau menyertai akhbar The Sun sebagai Ketua Pengarang.

Anak sulong Allahyarham, Zalinda berkata beliau yang mendapat tahu bapanya sakit tenat semasa berada di Amerika Syarikat kerana urusan kerja, bergegas pulang pada hari yang sama.

Beliau berkata sebelum ke Amerika Syarikat, bapanya telah berpesan kepadanya untuk membeli buku mengenai perang gerila dan beliau merasa amat terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan bapanya itu.

Malah beliau turut terkilan kerana tidak dapat menjaga bapanya semasa dalam keadaan kritikal di hospital kerana dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat, katanya kepada pemberita.

Zalinda bagi pihak keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mengurus pengebumian jenazah bapanya termasuk pihak hospital.

Sementara itu Ahmad menyifatkan kembalinya Zainon ke rahmatullah, dunia kewartawanan kehilangan seorang wartawan yang dihormati yang tidak lokek mencurahkan ilmu kewartawan kepada rakan seperjuangan termasuk beliau sendiri.

"Saya kenal rapat dengan arwah pada 1989 ketika itu dia bertugas di New Straits Times, manakala saya di akhbar Business Times," katanya.

Mokhtar pula berkata beliau kagum dengan semangat perjuangan Zainon di bidang kewartawan kerana walaupun telah berada pada usia persaraan, namun Allahyarham masih aktif turun padang membuat liputan berita.

Beliau berkata semangat kegigihan Allahyarham wajar dijadikan contoh kepada wartawan muda. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain