suria

PRU13: Nurul Izzah Saman SPR Berhubung Daftar Pemilih

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar telah memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas tuduhan tidak efektif membersihkan daftar pemilih.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa terdapat banyak kesilapan pengundi di kawasannya, termasuk lebih daripada 4,500 pengundi mempunyai alamat yang tidak lengkap atau tidak dikenalpasti dan tiga pengundi telah meninggal dunia.

Malah terdapat juga 133 orang yang tidak tinggal di berkenaan didaftarkan sebagai pengundi, katanya.

“Kami telah menghantar sepucuk surat kepada SPR namun mereka tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan mengatakan pihak mereka masih mengkaji isu berkenaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Turut serta memfailkan saman berkenaan ialah seorang pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai, Kadir Sultan Abd Majid yang menyatakan beliau hanya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih.

Responden yang dinamakan ialah, Pengerusi SPR, JPN dan kerajaan pusat.

Artikel Lain