suria

Permulaan LIMA 2013 Meriah Dengan Pertunjukan Udara

LANGKAWI: Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 bermula di sini Selasa dengan pertunjukan udara yang mengagumkan melibatkan sebanyak 22 pesawat.

Upacara pembukaan diadakan di luar buat kali pertama, di landasan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melancarkan acara itu, berkata Malaysia bersedia untuk pertumbuhan yang lebih besar dalam industri maritim dan udara.

Beliau turut memberi penghormatan kepada wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, dan merakamkan penghargaan untuk pasukan keselamatan kini terlibat dalam Ops Daulat bagi mengusir lelaki bersenjata Sulu.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Artikel Lain