suria

Polis Tumpas Geng Pecah Pejabat Kerajaan Dan Tadika

BESUT: Polis Besut memberkas lima lelaki termasuk dua beradik yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah, pejabat kerajaan serta tadika di daerah itu sejak dua tahun lepas, menerusi operasi sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek berusia antara 23 dan 36 tahun itu diberkas pasukan khas yang ditubuhkan polis bagi menumpaskan geng terbabit yang dipercayai terbabit dalam sembilan kes.

Polis memberkas suspek pertama berusia 36 tahun minggu lepas dan operasi susulan berjaya menangkap empat lagi anggota kumpulan termasuk adik suspek pertama berusia 30 tahun.

Kesemua mereka ditangkap di Kampung Gelam di sini, katanya pada sidang media di sini Selasa.

Menurut Kamaruddin, hasil tangkapan itu polis menemui pelbagai barangan curi termasuk empat set televisyen, dua komputer riba serta telefon bimbit, katanya.

Siasatan awal mendapati ada barangan yang dicuri geng ini telah dijual, katanya menambah kesemua suspek positif dadah. -BERNAMA

Artikel Lain