suria

CAP Tolak Jemputan Bincang Projek Terowong Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamad Idris menolak jemputan terbuka Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk membincangkan mengenai rancangan projek jalan dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

“Saya mohon maaf, saya tidak boleh terima jemputan peribadi yang diberi publisiti kerana dalam budaya kita, kita tidak menerima menjemput orang untuk perjumpaan menerusi surat terbuka,” katanya.

Beliau berkata, perjumpaan seperti itu adalah sesuatu yang tiada guna kerana menurut beberapa laporan, kerajaan negeri sudah pun memberikan projek berkenaan kepada sebuah syarikat swasta.

Kerajaan negeri dibidas kerana projek yang dicadangkan melibatkan terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam 6.5km, laluan menghubungkan Air Itam ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu 4.6km, jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang 12km dan jalan antara Gurney Drive dan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu 4.2km.

Artikel Lain