PETALING JAYA: Hasil mesyuarat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) pada Isnin amat dinantikan oleh anggota pergerakan itu.Tiga anggota kumpulan Hindraf itu melibatkan pengerusi pergerakan, P. Waythamoorthy, timbalannya, W. Sambulingam dan penasihat, N. Ganesan. Waythamoorthy, yang ketika ini sedang melakukan mogok lapar bagi mendesak Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) untuk menyokong rangka tindakan Hindraf bagi pembaikan kumpulan lebih daif masyarakat India, telah dipetik sebagai berkata, beliau akan membincangkan pelan itu bersama Najib.Ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, K.P. Samy berkata, Najib perlu bersetuju untuk bermesyuarat bagi segi kemanusiaan.“Waythamoorthy dalam mogok laparnya dan perkara yang perlu dilakukan adalah mendengar suaranya,” kata Samy, yang melawat pemimpin Hindraf pada minggu lepas.Beliau menambah, kebanyakan perkara dalam rangka tindakan itu adalah sama dengan apa yang kerajaan BN sudah pun melaksanakannya untuk kaum India.“Ia sudah pun diberikan perhatian dan masyarakat India sudah pun mendapat manfaat daripada pelaksanaan itu,” kata Samy.Sementara itu, seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India berkata, India telah menemui Waythamoorthy kerana Hindraf masih menggunakan pengaruh di kalangan akar umbi kaum India.“Kedua-dua Pakatan dan Barisan memerlukan sokongan akar umbi kaum India untuk pilihan raya umum akan datang dan itulah yang ada dalam dialog ini,” kata seorang jurucakap yang enggan dikenali.Katanya, Pas turut bimbang mengenai percubaan Najib untuk mendekati Hindaf kerana parti Islam itu bergantung pada kumpulan fundamental Hindu untuk memenangi undi orang India.Selain Kota Raja, di mana PAS menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum 2008, parti Islam itu menang sedikit dalam beberapa kawasan di mana terdapat peratusan baik bagi kaum India.“Menang sedikit itu ekoran undi orang India. PAS bimbang ia akan kehilangan undi-undia ini sekiranya Hindraf tunduk kepada Barisan,” tambahnya.