suria

Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Terengganu

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini dengan pesawat khas pada pukul 12.40 tengah Jumaat untuk lawatan kerja ke Terengganu.

Ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud serta pemimpin tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Timbalan Perdana Menteri akan memulakan lawatan dengan menunaikan solat Jumaat di masjid Kampung Petai Bubus di sini disusuli majlis Jamuan Rakyat di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kampung Petai Bubus.

Muhyiddin kemudian akan menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Bersama Timbalan Perdana Menteri dan Pelancaran Gelombang Biru peringkat negeri Terengganu di Padang Bola Rhu Rendang, Marang.

Beliau dijadual berlepas pulang ke ibu kota selepas majlis itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain